fbpx

Keluar Big Bang, T.O.P nak buka kedai minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
T.O.P

USAI pengesahan secara rasmi pengundurannya daripada YG Entertainment, penyanyi terkenal kumpulan Big Bang iaitu T.O.P, dikhabarkan akan memulakan perniagaan sendiri tidak lama lagi.

Menurut T.O.P, dia sudah lama ingin membuka perniagaan minuman keras dan perkara tersebut bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Perkara tersebut turut disahkan YG menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Setelah lagu terbaharu Big Bang dilancarkan iaitu Still Life yang sehingga kini masih lagi meraih perhatian penonton dengan lebih 30 juta tontonan, seorang daripada ahli kumpulan tersebut, T.O.P telah membuat keputusan untuk meninggalkan YG Entertainment.

“Pada 5 April lalu, T.O.P sendiri telah memuat naik pesanan khas buat para peminatnya melalui akaun Instagram miliknya.

“T.O.P mengambil keputusan meninggalkan YG untuk perniagaan baharu yang kini sudah mempunyai akaun Instagram dan sudah diikuti lebih 10 ribu pengikut,” tulis YG Entertainment.

Rata-rata peminat menyokong dan menghormati keputusan yang dibuat lelaki berusia 35 tahun itu untuk melebarkan bakatnya dalam bidang perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI