fbpx

Azreen kempunan pertahan emas Sukma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZREEN (kiri) tidak layak untuk menyertai Sukma Kuala Lumpur pada September depan kerana pernah mewakili negara pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

HASRAT pelari pecut kebangsaan, Azreen Nabila Alias untuk mempertahankan pingat emas acara pecut 100 meter (m) pada Sukan Malaysia (Sukan Malaysia) 2022 tidak kesampaian apabila rayuannya ditolak Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Azreen Nabila, 21, dianggap tidak layak untuk menyertai Sukma Kuala Lumpur pada September depan kerana pernah mewakili negara pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu.

“Kita membuat rayuan kerana Azreen Nabila terpilih ke Sukan Olimpik bukan secara merit tetapi wildcard.

“Beliau sepatutnya diberi peluang untuk menyertai temasya Sukma terakhirnya kali ini,” kata Wan Sukairi semalam.

Pada Sukma Perak tahun 2018, Azreen Nabila menggondol pingat emas dengan catatan masa 11.81 saat yang juga rekod baharu dalam acara pecut 100m bagi temasya sukan dwi-tahunan terbabit.

Wan Sukairi berkata, penyertaan Azreen Nabila pada Sukan Olimpik memang impian atlet kelahiran Setiu itu malah mendapat dokongan kuat kerajaan ne geri Terengganu.

“Kita tidak sangka ia telah menutup terus peluang Azreen menyertai Sukma kali ini sedangkan penyertaannya secara wildcard dan persiapannya cuma sebulan.

“Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu agak terkilan kerana Azreen Nabila merupakan antara prospek pingat emas kontinjen negeri itu pada Sukma 2022,” katanya.

Wan Sukairi berkata, walaupun akur dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Ter­tinggi Sukma dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihaknya tidak berputus asa untuk membantu Azreen Nabila.

Tambah beliau, pihaknya masih mempunyai tempoh lima bulan untuk merealisasikan impian atlet pecut wanita itu me­nyertai Sukma terakhirnya.

“Apatah lagi Azreen Nabila merupakan pemegang rekod 100m wanita. Sudah pasti beliau ada misi tersendiri pada temasya tersebut kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI