fbpx

Orang tahu siapa ‘S’, Mawar Karim difitnah isu bankrap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR memberi kepada individu yang digelarkan sebagai 'S' agar berhati-hati supaya fitnah yang ditaburkan tidak berbalik kepada diri sendiri.

PETALING JAYA – Usahawan tudung terkenal Mawar Karim tampil mempertahankan diri selepas menjadi mangsa fitnah seorang individu yang digelar ‘S’ berhubung isu kononnya telah diisytiharkan bankrap selepas melarikan diri daripada membayar hutang.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Mawar, 33, memberitahu telah beberapa kali menjadi mangsa fitnah kepada seorang individu yang digelar sebagai ‘S’ sejak tahun lalu lagi bermula dengan isu sekatan jalan raya, lari daripada dan hutang terkini, siu bankrap.

“Wahai ‘S’, tidak habis-habis lagi reka cerita fitnah fasal (pasal) saya. Tahun lalu pasal SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun pasal lari hutang. Tiba-tiba bankrap pula,” tulisnya.

Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar bertegas, individu bergelar ‘S’ memang sengaja mahu memalukan dirinya dengan cerita-cerita fitnah. Dia turut memberi amaran, jangan suatu hari nanmti fitnah yang ditabur berbalik kepada diri sendiri.

“Nak bagi saya malu satu Malaysia. Jangan satu hari nanti terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan ‘S’ ini,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah portal hiburan tempatan melaporkan Mawar bakal diisytiharkan bankrap selepas didakwa melarikan diri daripada membayar hutang sebanyak RM720,000.

Difahamkan, selain mempunyai perniagaan tudung, Mawar juga menjalankan perniagaan menjual barang perhiasan emas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI