fbpx
Tangkap layar iklan mempromosikan kerusi plastik tersebut yang dianggap sebagai barang 'rare' dijual pada harga hampir RM3,000.

Kerusi plastik ‘juara dunia F1’ dijual hampir RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kecoh dalam kalangan peminat sukan permotoran apabila kehadiran juara dunia tujuh kali Formula 1, Lewis Hamilton dilihat mengunjungi salah sebuah stesen minyak di ibu kota, semalam.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah Hamilton secara santai duduk di atas kerusi plastik sambil berehat seketika.

Menariknya hari ini, tinjauan Kosmo! di salah satu platform e-dagang mendapati kerusi plastik berwarna hitam yang dipercayai digunakan oleh pelumba hebat dunia itu dijual dengan harga RM2,888.88

“Kerusi bekas tempat duduk pelumba dunia F1 Lewis Hamilton,” tulis kapsyen tersebut.

Bagaimanapun, kerusi tersebut telah berjaya dijual dalam tempoh kurang 12 jam.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung tawaran berkenaan.

“Gila la, itu kalau ada peluh Lewis Hamilton jatuh atas kerusi itu, mesti lagi puluhan ribu harganya, barang ‘rare’ jarang jumpa di Malaysia, harga kena kasi tinggi,” seloroh seorang pengguna.

“Ini kalau Justin Bieber datang Malaysia, aku nak suruh di duduk dalam kereta jenis Proton Saga aku, lepas itu nak jual sama harga kereta Ford Mustang,” komen Muhammad Zulhilmi.

“Untung jadi selebriti peminat ramai, kau duduk atas kerusi plastik pun harga macam deposit kereta orang jual balik, memang barangan bundle lebih mahal dari barangan baru,” kata Mat Azlan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR