fbpx

Kanak-kanak maut dihempap batu pagar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Iman Irdina

ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas ditimpa batu tiang pagar rumahnya dalam kejadian di Kampung Bukit Nangka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu mangsa, Nur Iman Irdina, 4, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku ketika keluarga mangsa sedang melakukan persiapan berbuka puasa sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari luar rumah.

“Apabila ibunya keluar, dia mendapati anaknya berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, batu pagar berkenaan dipercayai telah mengenai bahagian tengkuk mangsa dan menjadi punca kematiannya.

“Bedah siasat telah dijalankan dan sebab kematian adalah kesan hentakan yang kuat dari objek keras di tengkuknya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI