fbpx

Airbus A380 terbang guna minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIKAT Airbus berjaya menerbangkan pesawat A380 milknya menggunakan campuran minyak masak sebagai bahan api. – gambar hiasan

DALAM satu sesi ujian selama tiga jam yang berlangsung di Lapangan Terbang Blagnac di Toulouse, Perancis, pesawat Airbus A380 berjaya terbang menggunakan minyak masak sebagai bahan api.

Syarikat itu mendakwa, pesawatnya berjaya terbang menggunakan bahan api penerbangan lestari (SAF) yang dihasilkan daripada campuran minyak masak dan sisa lemak.

Bahan api yang digunakan itu dibekalkan oleh TotalEnergies, sebuah syarikat yang berpangkalan di Normandy, Perancis dan dihasilkan daripada hydroprocessed ester and fatty acids (Hefa).

Airbus telah menguji beberapa penerbangan menggunakan SAF sepanjang tahun lalu.

Syarikat itu juga berharap agar pesawatnya diperakui untuk terbang menggunakan SAF menjelang akhir dekad ini. Pada masa ini, pesawat Airbus boleh dikuasakan sehingga 50 peratus SAF yang dicampur dengan minyak tanah tradisional.

“Meningkatkan penggunaan SAF kekal sebagai kunci utama kami untuk mencapai cita-cita industri bagi pelepasan karbon sifar menjelang 2050,” jelas Airbus dalam satu kenyataan.

Selain itu, syarikat itu juga mendakwa bahawa pesawat yang menggunakan SAF mampu menyumbang antara 53 peratus hingga 71 peratus daripada pengurangan karbon yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI