fbpx

Penahanan tiga suspek, bongkar kes dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nanda Maarof

SEREMBAN – Satu demi satu kes berjaya dibongkar oleh pihak polis melibatkan tiga suspek bersaudara yang direman berhubung kes penemuan mayat wanita dalam gaung di Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini dan kali ini melibatkan kes penderaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kes tersebut pihak polis telah menyiasat secara menyeluruh dan menimbulkan satu kes penderaan dipercayai melibatkan suspek sama yang dilakukan terhadap seorang wanita dan kanak-kanak.

“Mangsa (penderaan) ialah seorang perempuan berusia 35 tahun dan seorang kanak-kanan berusia 1 tahun 8 bulan.

“Kedua-dua mangsa kini masih menerima rawatan (lokasi dirahsiakan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, kesemua kes dalam proses pengumpulan bukti untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, Kosmo melaporkan siasatan lanjut terhadap kesemua suspek yang terlibat membawa kepada penemuan tengkorak dan cebisan tulang rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang ditanam di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini, pada 7 April lalu.

Dalam pada itu, Nanda berkata, tempoh reman tiga suspek bersaudara yang direman bagi membantu siasatan kes tersebut yang berakhir semalam telah dilanjutkan.

“Tempoh reman suspek utama lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 18 tahun disambung sehingga 16 April depan manakala seorang lagi suspek lelaki berusia 44 tahun direman sehingga esok (13 April 2022),” katanya.

Pada 20 Mac lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini.

Kesemua suspek telah di bawa ke mahkamah pada 23 Mac lalu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan dan tempoh reman mereka telah dilanjutkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI