fbpx

Zizi Kirana ‘pusing’ fikir juadah Ramadan buat suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMADAN pertama sebagai isteri, Zizi Kirana berasa beruntung kerana Yusuf tidak cerewet soal juadah berbuka.

PETALING JAYA – Ramadan pertama sebagai isteri, penyanyi terkenal, Zizi Kirana mengakui bimbang sekiranya tidak dapat menyediakan juadah terbaik buat suami.

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 37, berkata, pun begitu dia boleh menarik nafas lega kerana Yusuf Bahrin bukanlah jenis lelaki yang cerewet bab makanan.

“Kalau ikutkan beberapa minggu sebelum puasa saya memang dah risau tak boleh duduk diam fikirkan apa nak masak sepanjang sahur dan berbuka buat suami.

“Tapi seminggu sebelum raya dia (suami) ada beritahu tak perlu nak risau dan susah payah kerana dia jenis simple (ringkas) dan makan apa yang ada sahaja yang ada.

“Lega tu memang lega. Kalau tak sampai sekarang saya akan fikir apa nak masak. Nak kena sediakan sampai 10 juadah ke agaknya,” katanya.

Tambah pelantun lagu hit Eh itu, walaupun suami beri ‘lampu hijau’ agat tidak perlu bersusah payah bab juadah, itu tidak bermaksud dia boleh mengabaikan makan minum suaminya.

Pada masa sama, Zizi memberitahu, dia lebih selesa memasak sendiri di rumah daripada keluar untuk embeli di bazar Ramadan.

Katanya, disebabkan sudah lebih dua tahun ‘dikurung’ disebabkan pandemik, dia seakan-akan paranoid dan ragu-ragu untuk keluar ke tempat yang dipenuhi orang.

“Jujur perasaan paranoid itu masih ada sampai ke hari ini. Jadi saya ambil pendekatan untuk kekal berada di rumah sahaja dan keluar jika benar-benar perlu,” katanya.

Untuk rekod, Zizi selamat bergelar isteri kepada Yusud yang merupakan pelakon pada 19 September tahun lalu hanya selepas dua bulan mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI