fbpx

Lelaki ditahan hina Nabi Muhammad dalam Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman Facebook miliknya pada Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Muda, Shah Alam, pada pukul 11.15 pagi tadi.

“Hasil tangkapan itu polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Iphone XR berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilaksanakan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Abd Jalil turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar cakna terhadap isu-isu menyentuh sensitiviti agama serta kaum selain menjadi pengguna media sosial berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI