fbpx

Keracunan tidak kritikal punca keluarga tidak dimaklum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan rasmi oleh Sekolah Izzuddin Shah berkaitan kes keracunan makanan di sekolah itu yang tular di media sosial hari ini.

IPOH – Keracunan makanan yang dialami pelajar Sekolah Izzuddin Shah dekat sini telah didiagnosis sebagai tidak kritikal oleh pegawai kesihatan.

Pengetua sekolah, Ahmad Munawir Salehuddin berkata, pengesahan itu menyebabkan pihak sekolah tidak menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar terlibat untuk memaklumkan kes berkenaan.

Bagaimana pun katanya, tindakan sewajarnya telah diambil pihak sekolah termasuk memaklumkan kepada polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan pemantauan oleh warden asrama.

Malah katanya, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga telah datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan dapur, mengambil sampel makanan dan menilai tahap kebersihan.

“Sebagai menghormati jabatan rasmi kerajaan yang sedang menjalankan siasatan, pihak sekolah tidak boleh membuat sebarang kenyataan lain kepada pihak luar termasuk ibu bapa tanpa fakta yang tepat.

“Kesilapan mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa sandaran fakta yang jelas akan mengundang masalah yang lain,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sekolah Izzuddin Shah di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak warden mengesan kes cirit-birit melibatkan seorang pelajar tingkatan empat Rabu lalu dan pelajar itu dirawat sebagai cirit-birit biasa.

Namun katanya, setelah tamat sesi persekolahan, kes bertambah di mana warden telah mengasingkan mereka di bilik sakit dengan pemantauan yang rapi.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan bapa seorang pelajar yang kesal apabila tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar di bilik sakit sekolah selama tiga hari sejak Rabu akibat keracunan makanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI