fbpx

Hailey Baldwin penat disuruh hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAILEY BALDWIN

SEJAK berkahwin pada 2018 lalu, pasangan selebriti popular Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin sering menjadi perhatian media di mana sahaja.

Bahkan, baik media mahupun peminat kedua-duanya juga tidak sabar menunggu pengumuman jika Bieber dan Baldwin bakal bergelar ibu bapa suatu hari nanti.

Bagaimanapun, impian peminat untuk melihat Baldwin hamil membuatkan wanita itu berasa sangat tertekan.

Ketika menghadiri acara Anugerah Grammy 2022 baru-baru ini, Baldwin sekali lagi menjadi perhatian netizen yang mendakwa perutnya kelihatan sedikit buncit seperti sedang hamil.

Tidak senang dengan berita tersebut, model berusia 25 tahun itu memuat naik status dalam Twitter, menafikan perkara tersebut, sekali gus meminta netizen supaya tidak mengambil tahu tentang dirinya.

“Saya tidak hamil dan tolong tinggalkan saya sendirian.

“Saya masih terlalu muda untuk menjadi seorang ibu. Tunggu beberapa tahun lalu, saya dan suami akan mengumumkan berita gembira satu hari nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI