fbpx

Sorok 200 guni mercun bola dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian guni yang berisi mercun bola yang dirampas di dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjal, Pasir Mas semalam. - FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Taktik licik penyeludup menyembunyikan sebanyak 200 guni mercun bola di dalam kebun getah di Kampung Kubang Binjal di sini gagal apabila polis mengesan kegiatan itu semasa menjalankan rondaan malam tadi.

Rampasan mercun bola bernilai RM3,000 itu dilakukan oleh anggota dari Balai Polis Bakong semasa melakukan rondaan bermotosikal kira-kira pukul 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis curiga selepas melihat longgokan guni berwarna hijau di dalam kebun getah di kampung berkenaan semasa menjalankan rondaan.

Menurutnya, anggota polis menunggu selama 30 minit namun, tiada individu yang datang mengambil kesemua guni-guni itu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam guni itu mendapati ia berisi mercun bola. Kesemua mercun itu dibawa ke Balai Polis Bakong di sini untuk siasatan lanjut.

“Sehubungan itu, kita akan terus menjalankan rondaan dalam mencegah jenayah termasuk kegiatan penyeludupan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI