fbpx

Raja Arab Saudi sumbang tujuh tan kurma kepada orang Islam Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 3,000 kotak berisi kurma disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada umat Islam di Thailand - Facebook/ Facebook Majlis Islam Pusat Thailand

BANGKOK – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz telah menyumbang tujuh tan kurma kepada umat Islam di Thailand yang berpuasa pada bulan Ramadan, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Sebanyak 3,000 kotak kurma diedarkan kepada masyarakat Islam di Thailand untuk dimakan ketika Iftar iaitu hidangan untuk berbuka puasa selepas matahari terbenam. 

Hadiah itu diberikan sebagai menghormati pemulihan hubungan diplomatik antara Thailand dan Arab Saudi baru-baru ini selepas dihentikan selama 30 tahun.

Pada 5 April lalu, wakil urusan Kedutaan Diraja Arab Saudi ke Kerajaan Thailand, Essam Saleh H. Algetale mempengerusikan penyerahan sumbangn itu di Kedutaan Arab Saudi di Bangkok.

Majlis tersebut dihadiri wakil Kementerian Hal Ehwal Islam, Universiti Chulalongkorn, Majlis Islam Pusat Thailand dan Pusat Islam Thailand.

Selepas 30 tahun penggantungan hubungan rasmi, Arab Saudi dan Thailand baru-baru ini mula memulihkan hubungan.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha mengadakan lawatan diplomatik ke Riyadh atas jemputan seorang putera Arab Saudi. Ia menandakan lawatan pertama pemimpin Thailand ke kerajaan itu dalam tempoh tiga dekad.

Bulan lalu, Arab Saudi menarik balik larangan perjalanan untuk rakyatnya yang ingin melawat Thailand dan melancarkan penerbangan pertamanya ke Thailand sejak 32 tahun lalu. 

Pada bulan yang sama, kabinet Thailand meluluskan dua draf perjanjian untuk membenarkan rakyatnya bekerja di Arab Saudi. 

Minggu lalu, Thailand menghantar produk-produk berasaskan ayam ke Arab Saudi buat pertama kali sejak 2004. Ayam itu melepasi piawaian halal ketat yang ditetapkan oleh Majlis Islam Pusat Thailand. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI