fbpx

Rumah kebun ‘syurga’ enam beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL SAKINAH dan Mohamed Zakari bersama empat anaknya yang kini tinggal di sebuah rumah kebun di Kampung Sungai Layang, Rembau. – NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Sebuah keluarga terdiri daripada enam beranak dari Kampung Sungai Layang di sini tetap bersyukur sekalipun mereka terpaksa menumpang teduh di sebuah rumah kebun milik penduduk sejak lebih setahun lalu akibat kekangan kewangan.

Nurul Sakinah Mat Najir, 32, berkata, kehidupan keluarganya terjejas sejak pelaksanaan Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan suaminya hilang pekerjaan.

Katanya, walaupun tinggal di rumah yang agak uzur serta serba kekurangan itu, dia dan suami serta empat anak lelakinya yang berusia empat hingga 13 tahun tidak pernah merungut, malah sentiasa bersyukur kerana masih dikurniakan kediaman.

Nurul Sakinah yang berasal dari Jelebu berkata, suaminya, Mohamed Zakari Abdul Hamid, 47, kini hanya bekerja kampung selepas hilang pekerjaan sebagai pembantu bagi menguruskan projek ekonomi di sebuah tahfiz di Rawang, Selangor.

“Selepas suami tidak lagi bekerja, kami nekad berpindah dengan menyewa sebuah rumah dengan bayaran RM100, namun jumlah berkenaan agak besar bagi kami.

“Selepas itu, ada penduduk yang menawarkan kami untuk menjaga kebun dan tinggal di rumah di kawasan ini tanpa perlu membayar sewa. Syukur sangat sebab dapat ringankan beban dan anak-anak juga dapat bersekolah seperti biasa.

“Dari segi makan minum, anak-anak tidak pernah merungut dan makan apa sahaja yang kami sediakan untuk mereka,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini kelmarin.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Abdul Hanizan Kadun, 72, berkata, dia pernah menjaga Mohamed Zakari untuk sementara di rumahnya selepas lelaki itu terlibat kemalangan jalan raya pada 26 Mac lalu.

“Mohamed Zakari masih belum boleh bergerak aktif buat masa ini terpaksa menangguhkan kerja-kerja mengambil upah menoreh getah,” jelasnya.

Menurut beliau, dia kini sedang mengusahakan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi meringankan beban keluarga berkenaan.

Sehubungan itu, individu yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun BSN 1010041000333896 atas nama Nurul Sakinah Mat Najir atau menghubungi di talian
017-2554895.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI