fbpx

800 juta orang di Afrika mungkin dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak menyaksikan ibunya menerima suntikan vaksin di Afrika Selatan. -AFP

JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Lebih dua pertiga penduduk Benua Afrika mungkin dijangkiti Covid-19 sejak dua tahun lalu atau sekitar 97 kali gandar lebih tinggi daripada kes yang dilaporkan, demikian menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

Ujian makmal mengesan sebanyak 11.5 juta kes Covid-19 dan 252,000 kematian di seluruh Benua Afrika.

Bagaimanapun, cawangan WHO Afrika menyatakan, kajiannya mendapati angka rasmi itu mewakili sekelompok kecil jangkitan sebenar konoravirus di benua tersebut.

“Kajian dan analisis baharu mendedahkan bahawa angka jangkitan sebenar mungkin 97 kali ganda lebih tinggi daripada bilangan kes Covid-19 rasmi 

“Ini menunjukkan lebih dua pertiga penduduk Afrika telah terdedah kepada virus Covid-19,” kata ketua WHO Afrika, Matshidiso Moeti.

Laporan WHO Afrika menganalisis lebih 150 kajian yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Disember 2021. Ia menunjukkan pendedahan kepada virus itu  melonjak daripada hanya 3 peratus pada Jun 2020 kepada 65 peratus menjelang September tahun lalu.

Dari sudut angka sebenar, ini bermakna pada September 2021,  jangkitan sebenar adalah sebanyak 800 juta kes dan bukannya 8.2 juta seperti yang dinyatakan dalam angka rasmi,” kata Moeti.

Angka purata jangkitan sebenar global adalah 16 kali ganda lebih tinggi daripada bilangan kes rasmi.

Sebahagian besar kes Covid-19 di benua itu direkodkan di Afrika Selatan yang mencatatkan lebih 3.7 juta jangkitan koronavirus.Negara itu juga melakukan ujian saringan paling banyak di samping memiliki kemudahan kesihatan yang lebih baik berbanding kebanyakan negara Afrika lain.

Sementara itu di Ghana, kajian WHO mendapati bahawa golongan muda adalah paling ramai dijangkiti virus Covid-19.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI