fbpx
SUASANA indah pada malam Ramadan menyelubungi masjid Hagia Sophia, Istanbul baru-baru ini. – AFP

Ramadan bersejarah Hagia Sophia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sejarah tercipta di bumi Turki apabila buat pertama kalinya selepas 88 tahun, solat tarawih kembali didirikan di Hagia Sophia, Istanbul, Turki yang merupakan antara seni bina paling simbolik dan unik di dunia.

Pengimarahan solat tarawih yang merupakan ibadah yang hanya dilakukan umat Islam pada malam sepanjang bulan Ramadan itu dikembalikan semula kepada masjid Hagia Sophia yang turut digelar sebagai Ayasofya dalam bahasa Turki selepas hampir sembilan dekad.

Masyarakat Muslim di negara itu menyambut baik perkara tersebut dengan memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat tarawih pada malam 1 April lalu.
——————————————————————————————————————————————-
SYAHDU. Itulah perkataan paling tepat bagi menggambarkan perasaan ketua badan awam, Diyanet yang bertanggungjawab menyelia ibadah agama di Turki, Ali Erbas apabila bangunan paling ikonik di kota Istanbul iaitu Hagia Sophia dikembalikan statusnya sebagai sebuah masjid.

Malah, baru-baru ini satu lagi sejarah tercipta di bumi Turki itu apabila buat pertama kalinya, selepas 88 tahun, solat tarawih kembali didirikan di Hagia Sophia.

“Syukur kepada Tuhan. Buat pertama kali dalam tempoh 88 tahun, masjid ini mengalu-alukan orang ramai untuk solat tarawih pada Ramadan tahun ini.

“Saya juga akan menyaksikan momen bersejarah ini dengan mengetuai solat tarawih pertama itu,” ujar Erbas.
Seri pengimarahan solat tarawih yang merupakan ibadah yang hanya dilakukan umat Islam pada malam sepanjang bulan Ramadan itu dikembalikan semula kepada masjid Hagia Sophia yang turut digelar sebagai Ayasofya dalam bahasa Turki selepas hampir sembilan dekad.

Masyarakat Muslim di negara itu menyambut baik perkara tersebut dengan memenuhi ruang masjid bagi menunaikan solat tarawih pada malam 1 April lalu.

Seorang rakyat Singapura yang berkesempatan menunaikan solat tarawih di Hagia Sophia, Khairul Asyraf menerusi satu ciapan di Twitter berkongsi sekeping foto dan perasaannya berpeluang bertarawih di situ.

“Syukur rasanya apabila dapat menunaikan solat tarawih di Hagia Sophia.

SEKEPING gambar dikongsikan seorang lelaki rakyat Singapura yang berpeluang menunaikan tarawih di Hagia Sophia di Twitter.

“Sukar untuk masuk ke dalamnya, namun saya berjaya lakukannya,” ciap Khairul yang sempat berkongsi bahawa solat sunat tarawih pada malam itu dilakukan sebanyak lapan rakaat.

Nama Hagia Sophia bukan hanya terkenal di Turki, malah cukup popular di serata dunia dan sudah menjadi salah satu lokasi wajib dikunjungi apabila ke Istanbul.

Bangunan itu mula-mula dibina sebagai gereja Kristian antara 532 dan 537 Masihi di bawah pemerintahan Maharaja Justinian I dan dianggap struktur Byzantine paling penting.

Selepas kejatuhan Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul kepada empayar Uthmaniyah pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menukar gereja Kristian Ortodoks Byzantine itu menjadi sebuah masjid.

Loceng, altar dan barang-barang berunsurkan Kristian kemudian dibuang, manakala lukisan pada dinding pula ditampal.

Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan.

Ia kekal sebagai masjid selama berkurun lamanya sehinggalah ditutup daripada operasi selama empat tahun dari tahun 1931 sehingga 1935.

Di bawah pemerintahan bekas Presiden Turki, Mustafa Kemal Ataturk, Hagia Sophia kemudian diberhentikan fungsi sebagai masjid lalu dijadikan sebuah muzium selepas penubuhan republik Turki moden sekular.

RUANG masjid Hagia Sophia dipenuhi dengan jemaah yang menunaikan solat tarawih.

Bangunan ikonik itu kekal sebagai muzium sehinggalah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menukarnya semula kepada masjid pada Jun 2020.

Namun, pelaksanaan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 telah menyekat aktiviti solat di Hagia Sophia selama hampir dua tahun, sehinggalah minggu lalu.

Bangunan yang direka oleh dua orang arkitek iaitu Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles itu dianggap sebagai binaan cukup istimewa kerana merupakan masjid dan bekas gereja.

Memandangkan bangunan itu masih mempamerkan ciri-ciri seni bina Kristian dan Islam, ia telah menjadikannya sebagai antara mercu atau seni bina paling unik.

Malah, seni bina Byzantine Hagia Sophia menjadi inspirasi kepada banyak masjid Uthmaniyyah lain seperti Masjid Biru Istanbul.

Sejak dibina, Hagia Sophia telah mengalami banyak perubahan fizikal dan mengalami pelbagai kerosakan akibat gempa bumi dan kebakaran.

Ia juga telah cuba dimusnahkan ketika Perang Salib dan pengepungan Constantinople. Setiap kali bangunan itu dibaiki dan dipulihkan, ia menjadi lebih kompleks dari segi gaya, lantas menjadikan binaan Hagia Sophia lebih hibrid

GAMBAR ketika Hagia Sophia menjadi sebuah muzium.

Pada pertengahan abad ke-16, arkitek dan jurutera Uthmaniyyah terkenal, Mimar Sinan mengarahkan pembinaan tiang besar yang menyokong kubah luar biasanya itu sehingga ke hari ini.

Tiga abad kemudian, satu lagi pengubahsuaian dibuat oleh dua arkitek Switzerland-Itali, Gaspare dan Giuseppe Fossati yang mengukuhkan lagi kubah binaan itu.

Hagia Sophia sendiri mempunyai potensi formal untuk menyokong pelbagai amalan agama serentak.

Pengubahsuaian fungsinya selama beribu-ribu tahun telah diasimilasikan ke dalam seni binanya.

Dengan rundingan bersama kumpulan Kristian Turki, ruang itu boleh menyimpan unsur-unsur berkaitan agama Islam dan Kristian, dan mungkin juga agama-agama lain, sekali gus memungkinkan kewujudan komuniti pelbagai dan inklusif yang akan bersama-sama memelihara Hagia Sophia.

Keputusan Erdogan untuk mengubah Hagia Sophia menjadi sebuah masjid mendapat respons pelbagai dalam kalangan orang ramai.


GAMBAR menunjukkan umat Islam menunaikan tarawih di bangunan itu pada malam 1 Ramadan baru-baru ini.

Namun, di tengah-tengah semua kontroversi itu, penting untuk ditekankan bahawa hampir selama tiga dekad, Hagia Sophia telah ‘menempah’ sebahagian daripada kompleks itu untuk digunakan sebagai ruang solat dengan memiliki imam sepenuh masa.

Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nasha Rodziadi Khaw berpandangan, pelaksanaan solat tarawih di Hagia Sophia selepas lebih lapan dekad menunjukkan kebangkitan semula Islam di negara sekular itu.

“Pada 1 Ramadan lalu, solat tarawih telah didirikan buat kali pertamanya di Hagia Sophia sejak tahun 1935.

“Peristiwa ini memberi persepsi kepada ramai umat Islam dari seluruh dunia bahawa berlaku kebangkitan semula Islam di Turki dan kemungkinan mengembalikan memori mengenai kegemilangan zaman kekhalifahan Uthmaniyah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN