fbpx
MALAYSIA berjaya meraih kemenangan pertama di pentas Piala Dunia Hoki Remaja Wanita selepas menewaskan Uruguay 2-1 di Stadium NWU awal pagi tadi. - FIH

Dua gol pantas Malaysia kalahkan Uruguay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Uruguay pada aksi Piala Dunia Hoki Remaja di Potchefstroom, Afrika Selatan awal pagi tadi.

Ia adalah kemenangan pertama berjaya diraih skuad hoki projek khas wanita negara sepanjang beraksi di Piala Dunia Hoki Remaja Wanita yang berlangsung di Stadium NWU itu.

Dalam aksi itu, Malaysia terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Uruguay menerusi pukulan sudut penalti daripada Elisa Civetta pada minit ke-35.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim itu memastikan Uruguay ‘berputih mata’ dengan dua gol padang dalam tempoh seminit melalui Siti Nur Arfah Mohd. Nor dan Nuramirah Syakirah Zulkifli pada minit ke-53 serta 54.

Lebih manis buat kem negara apabila Siti Nur Arfah dipilih selaku pemain terbaik perlawanan tersebut.

Malaysia yang kali pertama membuat penampilan di pentas Piala Dunia Hoki Remaja Wanita sejak ia mula diadakan pada 1989, akan berdepan Ireland untuk aksi penentuan tempat kesembilan hingga 12 malam esok. – KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN