fbpx

KWP peruntukkan RM6 juta bantu orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2022 di Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini semalam. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Yayasan Wilayah Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM6 juta, dibelanjakan sehingga akhir tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan termasuk keluarga miskin tegar di Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pada masa ini seramai 2,856 ketua keluarga isi rumah di Wilayah Persekutuan yang sebelum ini berstatus miskin tegar telah dibantu serta ‘diputihkan’ daripada kategori tersebut.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu adalah daripada 4,000 miskin tegar di Wilayah Persekutuan dengan 600 daripadanya tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

“Berdasarkan angka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan yang mereka telah berikan lebih daripada RM30,000. Sekarang ini kita nak minta angka itu diperbetulkan mengikut Unit Penyelarasan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri supaya kita dapat angka sebenarnya.

“Ini untuk kita beri bantuan dan sumbangan agar mereka melepasi pendapatan RM1,110 dengan caranya adalah melalui Yayasan Wilayah Persekutuan. Untuk orang Islam boleh dapat bantuan daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) manakala, orang bukan Islam pula kita beri melalui yayasan ini,” katanya ketika ditemui pada Program Nur Ramadan Putrajaya di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, selain pemberian bantuan, pihaknya juga memastikan mereka yang dibantu ini berusaha untuk mendapatkan sumber pendapatan antaranya bekerja dari rumah.

“Selain itu, kita akan umumkan dalam masa terdekat berhubung program ekonomi yang dibuat bersama sebuah universiti. Kerjasama ini akan membolehkan mereka memperoleh sumber pendapatan.

“Seterusnya, terdapat kiosk untuk 1,000 anak muda berniaga dengan keutamaan diberi kepada kalangan B40. Saya menggalakkan anak muda yang hendak berniaga, semua akan diberi perhatian,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI