fbpx

[VIDEO] Tekanan kerja dipercayai punca lelaki bogel di lobi hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki berbogel di lobi sebuah hotel di Genting Highlands, Bentong semalam.

BENTONG – Tekanan kerja dipercayai punca seorang lelaki bertindak di luar kewarasan dengan berbogel di khalayak ramai di sebuah hotel di Genting Highlands,di sini semalam.

Difahamkan, lelaki itu datang ke pusat peranginan berkenaan bersama isteri dan dua anaknya berusia dua dan lima tahun untuk bercuti.

Dalam satu rakaman video tular berdurasi 15 saat memaparkan lelaki itu menanggalkan pakaiannya di hadapan anak dan isterinya sebelum duduk dan tunduk.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.20 petang.

“Susulan itu orang awam menghubungi polis bantuan yang kemudiannya membawa lelaki tersebut ke Balai Polis Genting di sini sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.

“Berdasarkan maklumat daripada isterinya, lelaki itu dipercayai mengalami tekanan kerja yang mana sebelum kejadian dia yang bekerja sebagai pembantu jualan tidak cukup tidur,”katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada masa ini, pihaknya  masih menunggu laporan perubatan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan termasuklah sama ada melibatkan masalah mental dan sebagainya.

Siasatan awal menolak kes tersebut bukan berpunca akibat masalah judi. -KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Seorang lelaki tertekan sehingga berbogel di depan keluarganya di Genting Highlands semalam. #beritatiktok #trendingnews #trendingNewsMalayasia ♬ Sad and lonely – MoppySound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI