fbpx

Still Life Big Bang pecah rekod, trending No.1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIG BANG

SETELAH lama menunggu, akhirnya kumpulan legenda K-pop, Big Bang hadir dengan album dan single terbaharu mereka berjudul Still Life Selasa lalu.

Seperti sudah dijangka, vidoe muzik (MV) bagi lagu tersebut sudah mencatat lebih 10 juta tontonan tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan dalam platform YouTube.

Tidak setakat itu, MV terbabit juga trending nombor satu bukan setakat di Korea Selatan, bahkan di kebanyakan negara lain seperti Vietnam, Jepun, Australia, Perancis, Indonesia termasuk Malaysia.

Meskipun dikeluarkan pada tengah malam waktu Korea Selatan 5 April lalu, Still Life berjaya memperoleh lebih 150 juta tontonan pendengar dalam platform Melon serta menjadi lagu kedua yang mempunyai pendengar paling banyak dalam masa sejam selepas dilancarkan.

Bukan sahaja mendominasi carta muzik dan media di Korea Selatan, kemunculan semula Big Bang turut mendapat liputan banyak media asing seperti Rolling Stone, NME dan Vogue U.S yang memberi perhatian kepada kumpulan itu.

YG Entertainment yang mewakili Big Bang turut mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan peminat selama ini.

“Big Bang memberi tumpuan penuh selama berbulan-bulan untuk naskhah kemunculan semula itu.

“Mereka menggunakan single ini untuk berkomunikasi dan menzahirkan penghargaan buat peminat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI