fbpx

Pembantu pegawai tadbir diberkas makan rasuah RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Pembantu pegawai sebuah agensi ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM20,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 32 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini pada pukul 12.30 tengah hari tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, lelaki itu yang sebelum ini bertugas sebagai pembantu pegawai tadbir di sebuah jabatan telah meminta dan menerima rasuah daripada dua perunding projek pada 2020 sehingga tahun lalu.

Lelaki itu bertindak demikian sebagai balasan membantu membocorkan maklumat berkaitan projek yang hendak dipohon oleh kedua-dua individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok bagi mendapatkan permohonan reman. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI