fbpx

Akid ‘dihina’ hidup susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Akid yang menceritakan tentang kesusahan yang dihadapi keluarganya.

PETALING JAYA – Klip video seorang budak lelaki yang dilaporkan tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah usang dan telah separuh roboh kini tular di media sosial.

Budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Akid dikatakan menetap di Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Paling menyayat hati, melalui klip video tersebut, Akid memaklumkan bahawa ada juga masyarakat luar yang menuduh dia dan keluarganya sebagai meminta.

“Saya tak faham kenapa ada orang cakap macam tu, kenapa orang benci sangat dengan kami, saya kalau nak makan saya kerja, cuci tandas, cuci surau dapat lah RM6 sehari.

“Mak ayah tak mampu nak tinggal di rumah lain,” jelasnya dalam nada sedih.

Difahamkan keluarga tersebut tinggal di rumah hampir roboh itu sejak Oktober lalu kerana struktur rumah yang lama dan rapuh.

Orangg ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga turut terkejut kerana masih lagi terdapat orang susah yang tidak dibantu seperti itu.

“Yang aku tak faham mana ketua kampung atau YB kawasan tu, kalau sejak Oktober lagi itu bukan benda baru berlaku. Cuba buat kerja sikit orang atas,” jelas Bro Yie.

“Bagi sesiapa yang nak bantu, keluarga ni tinggal di Kampung Banggol, PCB, Kota Bharu. Nombor telefon tuan rumah 01112738191 nama Abang Di. Saya kawan tuan rumah. Boleh la pakat-pakat bantu,” jelas Mohd Pian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI