fbpx

12,105 kes Covid-19, 32 kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 12,105 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,280,591 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 43 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (6,783 kes), Negeri Sembilan (826 kes), Kuala Lumpur (733 kes), Perak (622 kes), Pulau Pinang (508 kes), Johor (426 kes), Terengganu (416 kes), Sarawak (415 kes) dan Kedah (400 kes).

“Seterusnya, Pahang (320 kes), Melaka (206 kes), Sabah (188 kes), Kelantan (150 kes), Putrajaya (54 kes), Perlis (41 kes) dan Labuan (17 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 32 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,192 kes serta sebanyak sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,434 kes.

Manakala sejumlah 162,216 kes aktif dilaporkan melibatkan 158,343 kes dikuarantin di rumah, 373 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,279 kes di hospital, 99 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 122 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI