fbpx

[KEMASKINI] Pemandu lori cedera dihempap kontena jatuh 12 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu lori cedera apabila dihempap sebuah kontena yang jatuh pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang, hari ini.

KLANG – Seorang pemandu lori cedera apabila dihempap sebuah kontena yang jatuh pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa dikenali Rusaini Hassani, 49, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.17 tengah hari.

Katanya, maklumat mendapati sebuah kontena berisi kotak kitar semula dari sebuah lori telah terjatuh dari atas jejambat.

“Kontena itu kemudiannya menghempap dua buah lori yang sedang melalui di bawah jejambat.

“Salah satu daripada lori tersebut dihempap di bahagian hadapan menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang dikeluarkan cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, insiden tersebut tular menerusi beberapa video di media sosial dengan berlakunya kesesakan di lokasi berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI