fbpx

Usia masuk 40 tahun, Jay Iswazir tamat zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jay menamatkan zaman bujang selepas bergelar suami kepada Azzahra Ahmad yang juga seorang pelakon.

PETALING JAYA – Memasuki usia 40-an, pelakon Jay Iswazir sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon Azzahra Ahmad baru-baru ini.

Jay atau nama penuhnya Ahmad Iswazir Ismail menerusi Instagram berkongsi berita gembira tersebut buat tatapan pengikutnya.

“Halal partner (pasangan halal). Alhamdulillah Allah maha mengetahui jodohmu bila dan di mana.

“Tatkala cuba menutup pintu hati dan cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seseorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi suami.

“Terima kasih Allah kerana hadirkan dia dalam hidup ini. Semoga kita sama-sama hingga ke syurga ya,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut membanjiri ruangan komen pelakon filem Prebet Sapu itu dengan ucapan tahniah.

“Tahniah kamu berdua. Semoga kekal berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tenang melayari bahtera alam rumah tangga.

“Alhamdulillah satu lagi masjid terbina. Semoga berbahagia dan selamat menempuhi fasa baharu sebagai pasangan suami isteri. Semoga kekal hingga ke jannah,” tulis mereka.

Sekadar info, kedua-dua pasangan mengikat tali pertunangan 10 hari sebelum bernikah iaitu pada 20 Mac lepas dan selamat disatukan dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI