fbpx

Semakan permohonan pengeluaran khas KWSP bermula 9 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat semakan status permohonan pengeluaran khas maksimum RM10,000 bermula 9 April ini.

KWSP dalam satu hantaran hari ini berkata, pencarum tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios atau cawangan bagi membuat semakan berkenaan.

“Ahli boleh membuat semakan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/,” katanya.

Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan simpanan pengeluaran khas maksimum sebanyak RM10,000 dibuka bermula 1 April hingga 30 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI