fbpx

Santapan rohani Ramadan TV AlHijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara program Ramadan menarik TV AlHijrah, Khatam al-Quran Perdana 2022 yang bersiaran langsung selama 12 jam pada 29 April ini.

TERKENAL dalam kalangan penonton sebagai stesen televisyen (TV) islamik, TV AlHijrah memilih tiga komponen utama sebagai fokus sepanjang menyambut Ramadan dan Syawal 1443H yang bakal berkunjung tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, Kempen Ramadan dan Syawal 1443H stesen tersebut mengangkat tema Ramadan Diberkati, Syawal Dirai.
Selain itu, konsep #KongsiRezeki turut diterapkan dalam semua fokus utama.

TV AlHijrah turut menyantuni masyarakat menerusi program Skuad Bubur Lambuk yang menjelajah dengan motosikal berkuasa tinggi sempena Ramadan.

Rancangan istimewa Ramadan

“Inisiatif pertama adalah teras yang menjadi denyut nadi stesen TV ini iaitu 20 rancangan istimewa pelbagai genre yang akan disiarkan sepanjang Ramadan dan berbaki sembilan rancangan untuk Syawal.

“Rancangan-rancangan tersebut adalah Khatam Al- Quran Perdana, Solat Tarawih Dari Mekah, My #QuranHour, Assalamualaikum Sahur, Camca, Saranghae, Khilaf, Ngaji On The Go Kids, Moreh, Cinta Ilmu Ramadan, Ittabiouni, Kaunter Netizen, Majlis Ayah, Senangnya Masak Bersama Ayam Perap Makmur Gold dan banyak lagi.

“Mood Syawal pula diceriakan dengan sajian rancangan seperti Hijrah Berselawat Syawal, Haflah Syawal, Hijrahkan Laguku Reunion Raya, Sitkom Tau Tau Dah Raya, Wanita Syurga Raya, Telefilem Syawal Yang Hilang serta filem Indonesia berjudul Mars.

Namanzee berkata, di samping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarkan dua inisiatif lain untuk kempen pada tahun ini iaitu platform media digital dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Aplikasi telefon

“Sebagai galakan kepada penonton setia stesen ini, TV AlHijrah memilih untuk membangunkan aplikasi telefon yang dikenali sebagai AlHijrah Apps (AH).

“Lebih 5,000 rancangan keagamaan pelbagai genre boleh diakses pada bila-bila masa. Seluruh masyarakat boleh menuntut ilmu tanpa memikirkan batasan masa dan tempat.

Pengguna Android boleh mendapatkan aplikasi berkenaan menerusi Google Playstore. Sementara bagi pengguna Apple, boleh diakses menerusi Apple Apps Store. Buat carian AlHijrah Media dan muat turun aplikasi AlHijrah Apps (AH).

SELAIN pengisian berbentuk kerohanian, TV AlHijrah turut hadir dengan drama berjudul Mungkar dibintangi Hairie Othman.

Bubur lambuk

Selain itu, fokus ketiga yang menjadi komponen kepada Kempen Ramadan dan Syawal TV AlHijrah bagi tahun ini adalah program CSR iaitu Hijrah Prihatin Skuad Bubur Lambuk 2022.

Bertemakan ‘Dakwah Melalui Frontliner’, penambahbaikan dilaksanakan pada tahun ini apabila 20 buah motosikal kuasa besar Harley Davidson akan turun padang ke Pahang dan Johor untuk menyantuni masyarakat setempat.

Aktiviti di lapangan tidak terhad kepada edaran bubur lambuk sahaja.

Skuad bubur lambuk juga akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bersama qariah setempat seperti seperti gotong-royong membersihkan masjid, infaq rezeki Hijrah Prihatin, Solat Tarawih berjemaah dan banyak lagi aktiviti lain.

NAMANZEE memperkenalkan aplikasi baharu, AlHijrah Apps (AH).

Pada masa sama, edaran bubur lambuk di lokasi para petugas barisan hadapan sekitar Lembah Klang masih dilaksanakan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Meskipun terhimpit kontroversi isu ‘Kak Long 7E’, Namanzee menyeru masyarakat Malaysia untuk terus menonton TV AlHijrah sepanjang Ramadan dan Syawal akan datang.

“Ayuh sama-sama kita jadikan stesen ini sebagai stesen pilihan nombor satu seisi keluarga serta ladang ilmu yang mampu menjadi bekalan kita di akhirat kelak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI