PETALING JAYA – Penduduk di beberapa negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang ini.
“Ia melibatkan Pahang di Bentong manakala Selangor di Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
“Di Negeri Sembilan, amaran sama dikeluarkan di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin,” katanya.
Sementara itu, di Sarawak membabitkan Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Menurut MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE















