fbpx

Penyeludup tinggal barangan kosmetik tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan kosmetik seludup yang dirampas Batalion 9 PGA di pangkalan haram Kuala Jambu, Tumpat semalam. /FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang penyeludup yang sedang memunggah pelbagai jenis barangan kosmetik seludup bertindak melarikan diri selepas kegiatannya itu dikesan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kuala Jambu di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, anggota Batalion 9 PGA merampas 586 kotak dan 100 paket barangan kosmetik seludup dianggarkan bernilai RM40,170 yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Medan PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA melihat seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak dari dalam perahu semasa melakukan rondaan bermotosikal di pangkalan haram itu.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki berkenaan bertindak melarikan diri menggunakan perahu terus ke seberang Sungai Golok.

“Pemeriksaan ke atas kotak-kotak itu telah menjumpai pelbagai barangan barangan kosmetik bertulisan Thailand.

“Kita tidak menolak kemungkinan kesemua barangan tersebut diseludup masuk ke negara ini melalui pangkalan haram itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhari memberitahu, barangan rampasan akan diserahkan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI