fbpx
Dadah jenis syabu bernilai RM700 yang berjaya dirampas daripada seorang lelaki yang berhasrat ingin menghantar bekalan kepada penagih namun berjaya digagalkan polis di Taman Tunku Puan Chik, Bahau, di sini, petang tadi. - Foto IHSAN POLIS

Hasrat hantar tempahan dadah terkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Hasrat seorang lelaki untuk keluar menghantar tempahan dadah terkubur apabila dia ditangkap di sebuah kediaman di Taman Tunku Puan Chik, Bahau, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, bertindak atas maklumat, pada pukul 2.10 petang tadi, polis telah membuat serbuan ke lokasi dan menangkap lelaki berusia 35 tahun itu susulan memiliki dadah jenis syabu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui sepaket plastik lutsinar besar di dalamnya terdapat 10 peket plastik lutsinar pelbagai saiz setiap satunya mengandungi serbuk dan ketulan jernih bahan disyaki dadah berbahaya jenis Syabu seberat tujuh gram yang dianggarkan bernilai RM700.

“Malah turut ditemui ialah sebotol kaca yang telah diubahsuai disyaki digunakan sebagai alat menghisap dadah. Dadah berkenaan dipercayai untuk dijual kepada penagih di sekitar taman berkenaan, Batu Kikir dan Bahau.

“Ujian urin suspek yang hanya membantu isterinya berniaga juga dikesan positif dadah jenis Meth dan suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan najis dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, permohonan reman ke atas suspek yang terlibat dalam dadah sejak enam tahun lalu itu akan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN