fbpx

Drama Ramadan, Norley maksimumkan cita rasa penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMPENA kehadiran Ramadan kali ini, Norley gembira apabila tiga naskhah terbitan Mache AllStar United menjadi pilihan tiga stesen televisyen tanah air.

IDEA segar, jalan cerita yang menarik selain pemilihan pelakon yang berkaliber menjadi antara intipati penting dalam menghasilkan sesebuah produk.

Sebagai penerbit di rumah produksi Mache AllStar United Sdn Bhd, Norley Aimi Nadiah Shaari, 35,  amat menyedari element tersebut. Atas dasar itulah, pihaknya cukup menitikberatkan aspek penting dalam penerbitan drama dan telefilem sebagai kunci untuk sesebuah karya dinikmati secara maksimum leh penonton.

“Untuk menghasilkan sesebuah naskhah bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan kita perlu teliti daripada pemilihan cerita, kru dan pelakon hinggalah ke proses suntingan akhir.

“Semua itu perlu berkait rapat dan perlu bekerjasama untuk menghasilkan sebuah produk yang bermutu. Kalau viral itu bonus buat semua,” katanya yang mesra disapa dengan panggilan Nadia.

Sempena kehadiran Ramadan kali ini, Norley gembira apabila tiga naskhah terbitan Mache AllStar United menjadi pilihan tiga stesen televisyen tanah air.

Teruja dengan maklum balas awal yang diterima, Norley gembira apabila semakin mendapat kepercayaan stesen televisyen untuk penerbitan karya bertemakan Ramadan kali ini.

CHE TA dan Adibah menerusi drama Mem & Bibik-Bibik.

Antara naskhah hebat terbitan Mache AllStar yang sedang mencuri perhatian adalah Nusyuz Berkiblat Cinta akan ditayangkan di Astro Ria sejak 3 April, begitu juga dengan Mem & Bibik-Bibik pula menerusi TV3 dan Republic Of Gombak pula menghiasi slot TV9 mulai 14 April ini.

Norley juga berasa beruntung kerana dapat menggunakan khidmat pelakon popular untuk kesemua produk bawah kendaliannya.

“Apabila kita datang dengan naskhah yang baik, sudah tentu pelakon juga memainkan peranan yang penting. Kami bertuah kerana dapat menggunakan nama-nama besar untuk semua drama.

“Bukan mudah untuk menyelia tiga buah penerbitan dalam satu masa. Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana kebanyakan pelakon terikat dengan banyak komitmen lain,” tambahnya lagi.

Untuk drama Nusyuz Berkiblat Cinta, tidak hanya menggandingkan Emma Maembong dan Fikry Ibrahim sebagai hero heroin, naskhah berkisarkan penderaan dalam rumah tangga tersebut turut menampilkan lakonan mantap Nadhir Nasar dan Shaza Bae.

Drama Mem & Bibik-Bibik pula diserikan ramai selebriti popular seperti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Nabila Razali, Iqram Dinzly, Adibah Nor, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Naskhah komedi Republic Of Gombak yang mengisahkan perseteruan dua keluarga pula melibatkan pelakon Farouk Husaain, Amyza Aznan, Azza Elite, Afieq Shazwan, Myra Natasha dan Ayuni Rizal.

Kata Nadia, dia beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada suami, yang terlebih dahulu ‘terjun’ ke dalam bidang ini.

DRAMA Republic Of Gombak lakonan Amyza Aznan, Wanie Kayrie dan Afieq Shazwan akan menghiasi slot TV9 mulai 14 April ini.

Suaminya, Arisz Ab Rahman terlebih dahulu  bergelumang ke dalam bidang penerbitan dan telah menghasilkan banyak produk termasuklah Pujaan Hati Kanda, Lelaki Mu Yang Dulu dan Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis.

Mereka juga pernah mencetuskan fenomena dengan drama Korban Kasih dan Senduk Kuali Kak Lina Pompom siaran RTM yang mendapat respons sangat memberangkang daripada penonton.

“Saya masuk ke dalam bidang ini secara tidak sengaja apabila suami mula beralih arah kepada bidang pembinaan dan hartanah.

“Memang kekok daripada peringkat awal tapi dengan sokongan yang diberikan, saya mampu mengatasi dan menjalankan kerja-kerja produksi dengan bantuan suami dan staf yang lain.

“Sekarang saya selesa menguruskan syarikat dan perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga dan anak-anak,” tambahnya lagi.

Bagi graduan Ijazah Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara itu, tidak ada perkara akan menghalang wanita sepertinya untuk berjaya memandangkan sudah ada contoh wanita lain yang berjaya menguruskan produksi dengan baik.

Menjadikan wanita-wanita hebat kelahiran Kedah seperti pemilik rumah produksi Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan Allahyarhamah Datuk Maznah Hamid ‘Iron Lady’ sebagai idolanya, Nadia yang berasal dari Alor Setar Kedah itu juga mahu menggenggam kejayaan setara dengan mereka pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI