fbpx

Pasangan suami isteri antara 8 ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas polis dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, petang kelmarin.

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri antara lapan individu yang diberkas kerana disyaki menjalankan aktiviti pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menjalankan serbuan pertama di Jalan Robertson, Bukit Bintang, di sini pada pukul 4.10 petang kelmarin.

“Hasil serbuan itu kita telah menahan sepasang suami isteri berusia 32 dan 26 tahun serta berjaya merampas ganja seberat 1,893 gram(g).

“Siasatan awal terhadap keduanya membawa kepada dua serbuan di sekitar Lembah Klang yang mana kita berjaya memberkas lima lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, hasil tangkapan pihaknya turut merampas dadah jenis ganja seberat 5,588g menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM41,550.

Difahamkan, sindiket terbabit dipercayai telah aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak November tahun lalu

“Selain itu, hasil saringan awal air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis amphetamine serta methamphetamine dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1985,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI