fbpx

Malaysia wajib jadi juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REXY (tengah) percaya skuad negara memiliki kemampuan untuk menewaskan Jepun dan England untuk muncul juara Kumpulan D pada saingan Piala Thomas nanti.

SKUAD badminton negara wajib menewaskan Jepun dan England dalam saingan Kumpulan D pada kejohanan Piala Thomas di Bangkok, Thailand Mei depan bagi memburu laluan lebih mudah di pusingan kalah mati.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky percaya skuad badminton lelaki negara memiliki kemampuan untuk melangkah ke ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

Beliau berkata, Jepun merupakan satu-satunya pasukan yang mampu menyekat hajat Malaysia untuk menjuarai Kumpulan D, namun beliau berharap pemain-pemain negara mampu melepasi halangan tersebut.

“Berdasarkan prestasi semasa pemain-pemain negara, memang kita ada peluang untuk muncul juara kumpulan. Apa yang pen­ting, kita perlu keluarkan segala-galanya bertemu Jepun nanti.

“Memang kita perlu menang ke atas Jepun dan England bagi membolehkan Malaysia mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan.

“Kita mahu elak daripada bertemu pasukan kuat di pusingan kalah mati nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Selain Jepun dan England, Malaysia juga tidak boleh memandang rendah cabaran New Zealand yang turut diundi dalam Kumpulan D kerana apa sahaja boleh berlaku.

Mengulas prestasi terumbang-ambing yang ditampilkan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Rexy menjelaskan masih ada masa untuk barisan kejurulatihan memperbaiki prestasi mereka.

“Berhubung prestasi Aaron-Wooi Yik, sekurang-kurangnya kita sudah nampak apa yang perlu dilakukan nanti. Sudah tentu kita akan gunakan masa yang ada untuk terus bekerja keras,” ujar pengendali dari Indonesia itu.

Sementara itu, beliau turut mengakui aksi lebih mencabar menanti skuad badminton wani­ta negara pada saingan Piala Uber apabila diundi dalam Kumpulan C bersama Thailand, Denmark dan Mesir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI