fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir semua negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

]PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di hampir semua negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya memaklumkan, keadaan cuaca tersebut akan berterusan sehingga pukul 10 pagi.

Menurutnya, bagi Perlis, ia melibatkan keseluruhan kawasan di negeri terbabit manakala di Kedah antara kawasan terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Di Kelantan, ia melibatkan daerah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok, manakala bagi Terengganu ia membabitkan kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman.

“Beralih ke Pahang hanya satu kawasan sahaja yang terlibat iaitu Kuantan, manakala untuk Selangor ia melibatkan daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,”katanya.

Mengulas lanjut MetMalaysia berkata, bagi tiga negeri Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, keadaan cuaca ini dijangka berlaku di kesemua kawasan.

“Bagi negeri Melaka pula, ia melibatkan kawasan Melaka Tengah dan Jasin, manakala bagi Johor ia membabitkan dua kawasan iaitu Tangkak serta Muar.

“Di Sabah pula, amaran cuaca ini turut dikeluarkan untuk kawasan di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),”ujarnya.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI