fbpx

Pelanggan tidak sempat berhibur dikompaun RM97,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 97 pelanggan dikompaun RM1,000 seorang ketika serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, dekat sini malam tadi. /FOTO IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Keterujaan 97 pelanggan untuk berhibur tidak sampai ke puncak apabila sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, dekat sini diserbu polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, serbuan dilakukan lebih kurang pukul 11.30 malam oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah daerah selepas mendapat maklumat pusat hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, pihak polis mendapati kesemua pelanggan yang sedang berhibur itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Justeru itu, kompaun telah dikeluarkan terhadap 97 pelanggan tempatan yang terdiri daripada 60 lelaki dan 37 wanita berjumlah RM97,000 dibawah Peraturan 17 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) (PPN) Fasa 4 2021,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, serbuan itu juga telah menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.

“Selain itu, 10 warga asing yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita turut ditahan dibawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Sekyen 55B Akta Imigresen.

“Pihak polis juga merampas beberapa peralatan antaranya dua unit pembesar suara, dua buah televisyen, empat mikrofon, resit dan wang tunai RM111,” ujarnya

Katanya, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI