fbpx

Tiada tangan ghaib, kartel dalam PDRM – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidek menyampaikan memento kepada Acryl Sani pada Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan di Dewan Putra, PICC di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa tiada unsur campur tangan pihak luar dalam pengisian pelbagai jawatan penting Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah, beliau juga berpendapat, dakwaan konon wujud kartel dalam PDRM seperti didedahkan bekas penyandang sebelumnya itu, Tan Sri Abdul Hamid Bador tahun lalu adalah tidak benar.

“Saya secara peribadi berpandangan tiada tangan ghaib dari luar atau kartel dalam kalangan pegawai tertentu yang mengatur perjawatan pasukan untuk diisi sejak selama ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bersama Agensi Penguatkuasaan Seliaan bersempena ulang tahun ke-11, di sini hari ini.

Pada 22 Februari lalu, Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menyatakan bahawa dakwaan Abdul Hamid mengenai isu kartel itu tidak dapat ditentusahkan hasil siasatan yang dibuat

Ia turut berdasarkan keterangan ramai saksi dan dokumen yang diperoleh oleh pihak EAIC sendiri sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali untuk rekod. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI