fbpx

Saksi akui rakam video Bella cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun (tengah) semasa hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Saksi dalam kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down mengakui bahawa dia merupakan individu yang merakam video kecederaan Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan pertama itu Zurianty Sudin, 39, yang juga rakan baik Siti Bainun, menafikan rakaman video yang diambil itu untuk ‘leak’ (bocor) atau disebarkan dalam media sosial selain untuk mendapatkan perhatian umum.

Ketika pemeriksaan balas cadangan peguam Asiah Abd. Jalil adakah hanya saksi itu yang merakam video tersebut, saksi itu bersetuju dengan cadangan soalan itu.

Dalam prosiding sama, Zurianty turut mengakui bahawa dua laporan polis dibuat masing-masing pada 24 Jun dan 1 Julai 2021 bertujuan supaya Siti Bainun ditangkap selain bersetuju dengan cadangan peguam, dia menulis ‘hari -hari’ di laman sosial Facebook ‘counting days’ (menghitung hari berhubung kes Bella).

Dalam pada itu, saksi turut mengatakan bahawa dia tidak berasa ‘apa-apa’ selepas mengetahui reman Siti Bainun ditolak selepas wanita itu ditangkap pada 15 Julai tahun lalu (2021).

“Saya tidak berasa apa-apa kerana anggap itu adalah prosedur biasa,” katanya ketika menjawab soalan peguam berhubung perasaanya selepas mengetahui reman Siti Bainun ditolak.

Dalam prosiding sama, saksi itu tidak bersetuju terhadap dua soalan balas peguam terbabit yang mencadangkan bahawa dia mewujudkan cerita terdapat kes dera dan mengajar penghuni di Rumah Bonda membuat laporan polis sebagai ‘Plan B’ supaya Siti Bainun ditangkap.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.

Perbicaraan dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung lagi Isnin ini.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 30, didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari sehingga Jun tahun 2021, yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI