fbpx

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura buka semula pintu rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula hari ini.

SEGAMAT – Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula hari ini memberi peluang kepada rakyat Johor untuk kembali bekerja di negara republik itu.

Seorang penghantar makanan, Mohamad Tauffiq Abu Sharil, 35, berkata, dia merancang untuk kembali bekerja di Singapura dengan berulang-alik menaiki motosikal dari Johor Bahru-­Si­ngapura seperti sebelum ini.

Katanya, dia terpaksa mengharungi fasa kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun sehingga terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarga.

“Saya terpaksa jual kereta Proton Saga yang sudah 18 tahun keluarga saya guna. Sedih sangat, tetapi saya tiada pilihan lain untuk meneruskan kehidupan.

Mohamad Tauffiq terpaksa menjual kereta Proton Saga miliknya demi kelangsungan hidup selepas berhenti kerja di Singapura, dua tahun lalu.

“Baru-baru ini motosikal saya rosak. Jadi saya mengambil keputusan menjual kereta itu dengan harga RM12,000 dan membeli motosikal terpakai untuk ulang-alik pergi kerja di Johor Bahru.

“Saya melakukan pelbagai kerja sampingan untuk memastikan isteri serta anak-anak saya cukup keperluan asas,” katanya ketika ditemui di Bandar Putra IOI di sini semalam.

Bagi isterinya, Nur Amalina Mawardi, 35, tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat suaminya mendapat sinar baharu kembali bekerja di Kota Singa.

“Saya nampak suami saya berusaha siang malam sepanjang dua tahun ini. Buat macam-macam kerja untuk pastikan saya dan dua anak kami tidak susah.

“Semoga pembukaan sempadan ini dapat membantu keluarga di sini yang masih ramai bergelut dengan krisis kewangan.

“Harga barang juga naik mendadak sejak pandemik. Ramai keluarga yang masih bergelut untuk mencari rezeki. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI