fbpx

Kerajaan Terengganu kesal penganjuran pesta dangdut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan persembahan penyanyi dangdut berpakaian seksi di sebuah hotel yang tular di media sosial.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyelar penganjuran program yang menampilkan penyanyi berpakaian mencolok mata di sebuah hotel di bandar raya ini pada 25 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, penganjuran program tersebut bukan sahaja melanggar garis panduan hiburan negeri dan juga mencemarkan kesucian ambang Ramadan yang bakal tiba Ahad ini.

“Semua orang tahu Terengganu mempunyai garis panduan yang tidak membenarkan sebarang pertunjukan dan persembahan sebegini.

“Bukan sahaja kerajaan negeri (Terengganu) malah mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu video berdurasi 25 saat memaparkan persembahan penyanyi dangdut berpakaian seksi dengan iringan penari di sebuah hotel di bandar raya ini tular di aplikasi TikTok.

Mohd. Nor berkata, penganjur sepatutnya merujuk garis panduan penganjuran acara hiburan daripada pihak berkuasa tempatan dan pelaksana syariah sebelum menganjurkan program demikian.

Sehubungan itu, beliau mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan hotel bagi mendapatkan penjelasan lanjut pada lusa.

Dalam pada itu, penganjur yang enggan dikenali memberitahu program itu dilakukan secara tertutup bagi kejutan sambutan ulanh tahun kelahiran rakan wanitanya dan tidak sepatutnya ditularkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI