fbpx

Ada yang lapor polis tinggi suara – Mohd. Sidek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sidek. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Meskipun kedengaran remeh, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tetap menerima aduan daripada orang ramai melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, pihaknya juga ada menerima aduan yang dianggap sebagai tidak masuk akal yang akhirnya ditutup begitu sahaja kerana pelbagai faktor.

“Paling banyak melibatkan pihak polis dengan ada aduan itu yang bagi saya agak pelik seperti anggota terbabit didakwa sengaja meninggikan suara apabila menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat Majlis Apresiasi EAIC bersama-sama dengan semua Agensi Penguatkuasaan Seliaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Sidek berkata, setakat semalam sahaja, EAIC menerima 6,099 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan dengan sejumlah 5,163 fail siasatan telah dibuka.

Daripada jumlah berkenaan, EAIC berjaya menyelesaikan 5,097 fail aduan manakala 1,097 fail siasatan dibuka dengan kes yang sudah diselesaikan selepas siasatan lanjut pula ialah 1,046.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI