fbpx

10,000 pengembara luar negara tiba di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan penggembara dari luar negara selepas kerajaan Malaysia membuka semula sempadan negara ketika tinjauan di KLIA, Sepang, hari ini.- FOTO FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seramai 10,000 pengembara dari luar negara dijadual tiba menerusi lapan pintu masuk udara melibatkan ketibaan sebanyak 110 penerbangan sempena pembukaan semula sempadan negara, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jumlah pengembara juga dijangka meningkat dari semasa ke semasa bermula hari ini hingga minggu-minggu seterusnya.

“Kami menyasarkan perolehan berjumlah RM8.6 bilion daripada sektor pelancongan tahun ini yang akan disokong oleh langkah pembukaan sempadan negara ini dan sasaran itu diletakkan selepas beberapa negara jiran turut membuka pintu sempadan masing-masing.

“Kita juga optimis bahawa jumlah itu akan berubah dalam masa terdekat terutama apabila Singapura turut membuka sempadan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas program sambutan pembukaan sempadan negara, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI