fbpx

Meeracle perkenal produk baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meera (tiga dari kanan) bersama ejen produk Meeracle ketika pelancaran Meeracle Brightening Booster Ampoule hari ini. - FOTO: AFIQ RAZALI

DAMANSARA – Meeracle memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya, Meeracle Brightening Booster Ampoule, hasil kerjasama dengan syarikat pembuatan produk gergasi, COSMAX yang berpangkalan di Indonesia.

Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna berkata, produk terbaharu itu mengandungi 12 peratus Niacinamide bagi menghasilkan Concentrated Booster yang digunakan untuk mencerahkan kulit wajah.

“Hari yang bermakna buat Meeracle kerana kini kami selangkah ke hadapan dalam memasuki pasaran global, dan sasaran syarikat adalah untuk menembusi pasaran di Asia Tenggara dengan lebih agresif pada tahun ini.

“Hari ini kita juga dapat menyaksikan pelancaran produk terbaharu, Meeracle Brightening Booster Ampoule hasil kajian pembangunan dan penghasilan produk dilakukan oleh COSMAX serta kerjasama dengan pasukan R&I Meeracle,” katanya semasa majlis pelancaran produk tersebut di sini hari ini.

Sementara itu, Pengasas Meeracle, Meera Nordin berkata, hasil kerjasama terbesar buat julung kalinya ini, dijangka bakal menyaksikan lebih banyak produk dihasilkan bagi memenuhi pasaran kecantikan secara global.

“COSMAX adalah sebuah syarikat pembuatan terkenal di dunia yang telah menghasilkan produk-produk kecantikan untuk jenama-jenama gergasi dan terkenal di Amerika Syarikat dan Korea.

“Pada tahun 2020, COSMAX telah menjadi syarikat pembuatan produk kecantikkan NO.1 secara global yang telah mencapai jualan tahunan sebanyak USD 2 bilion dan berkapasiti menghasilkan dan mengeluarkan produk sebanyak 2.73 bilion unit setahun,” ujarnya.

Menurutnya, produk itu mampu memberi kesan pencerahan seawal tiga hari dengan cara penggunaan yang betul dan konsisten dan paling penting ianya selamat dan halal untuk digunakan.

Meera berkata, pihaknya juga menyasarkan jenama itu akan menembusi pasaran di Indonesia pada tahun ini.

“Sejak dilancarkan pada tahun 2015, jenama Meeracle ini bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah kita juga sudah menembusi pasaran Singapura. Justeru itu, pihak kami menyasarkan untuk tembusi pasaran di Indonesia pula.

“Sehingga kini, Meeracle juga sudah mempunyai seramai 15,000 orang ejen dan setakat ini kita merancang untuk kekal dengan sistem ini supaya jenama ini boleh kekal untuk jangka masa yang panjang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI