fbpx

‘Tanpa Suria Cinta, siapalah DJ Lin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ LIN

DINOBATKAN sebagai penyampai radio paling berpengaruh di Malaysia bukan satu pencapaian kecil buat seseorang juruhebah.

Itu yang dilalui penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd. Majid apabila dianugerahkan Penyampai Radio Paling Berpengaruh pada majlis

Women of Excellence Awards 2021/22 anjuran majalah The CEO baru-baru ini.

Dikenali menerusi segmen kegemaran ramai, Suria Cinta, DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar Suria FM ternyata teruja dengan anugerah yang diterima.

DJ Lin juga tidak menyangka selain memanjatkan kesyukuran atas pengiktirafan luar biasa yang diterimanya.

“Anugerah dan pencapaian ini sememangnya tidak ternilai harganya dan tanpa sokongan peminat DJ Lin dan Suria Cinta, tiadalah DJ Lin di sini.

“Pengiktirafan ini secara tidak langsung menyuntik semangat DJ Lin untuk melakukan yang lebih baik kepada pendengar setia yang mempercayai jenama DJ Lin dan Suria FM.

“Ini bukan untuk saya, tapi anugerah ini untuk semua. Ya untuk semua pendengar dan peminat DJ Lin dan Suria FM,” katanya.

Pada masa sama, DJ Lin yang empat kali berturut-turut dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) sebelum ini menyifatkan kemenangan yang dikecapi sebagai satu permulaan kepada kerja­ya­nya.

Katanya, walaupun sudah 23 tahun mengemudi dan berkecimpung dalam industri radio sebagai penyampai, namun merasakannya seperti satu permulaan kerjayanya.

“Kalau ikutkan inilah permulaan kepada segala-galanya. Walau sudah lebih dua dekad melibatkan diri dalam dunia pengacaraan radio, tapi penghargaan ini bagai permulaan bagi saya.

“Saya dipilih pun disebabkan kepercayaan tidak berbelah bahagi semua pihak terhadap saya,” katanya.

Sebelum ini, tidak setakat menyapu bersih kategori radio dalam ABP, ibu tunggal kepada dua cahaya mata kelahiran Johor Bahru, Johor itu turut pernah diiktiraf dalam beberapa anugerah besar lain.

Antaranya ialah Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012 dan Anugerah Pe­nyampai Radio Paling Dipercayai Rea­der’s Digest Trusted Brands ke-23.

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi menerusi frekuensi Suria FM atau aplikasi terbaharu Suria Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI