fbpx

Honda, Michelin bertelagah ekoran aksi di Mandalika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ terlibat dalam insiden kemalangan pada sesi kelayakan menyebabkan dia tidak dapat meneruskan aksi pada perlumbaan sebenar GP Indonesia di Mandalika baru-baru ini. – AFP

LONDON – Isu kemalangan yang menimpa pelumba Sepanyol, Marc Marquez ketika di Grand Prix (GP) Indonesia masih belum reda sepenuhnya terutama pertikaian Honda dan pengeluar tayar MotoGP, Michelin.

Ketua pasukan Honda, Alberto Puig menyalahkan Michelin selepas gagal membuat keputusan tepat terhadap pemilihan jenis tayar yang sesuai ketika turun bersaing di Litar Mandalika sekali gus memberi masalah kepada pelumbanya.

Keadaan itu menyebabkan juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marquez terlibat dalam kemalangan dan kini disahkan mengalami masalah diplopia buat kali ketiga dalam kariernya.

Bagaimanapun, Puig tidak dapat menerima kenyataan ‘bos’ Michelin, Piero Taramasso yang menegaskan bahawa Honda sendiri yang berdepan masalah menyesuaikan dengan cepat di litar baharu.

“Honda telah beraksi dengan pelbagai keadaan di litar selama bertahun-tahun dan tiada sebarang masalah meskipun berlaku perubahan teknikal termasuk peraturan saiz enjin, tayar mahupun kategori perlumbaan.

“Dalam laporan terakhir, saya hanya menyebut bahawa perlu menganalisis keadaan dengan tayar Michelin. Itu sahaja. Agak pelik dengan cara Taramasso menyebut Honda tidak tahu menyesuaikan diri dengan keadaan litar,” tegas Puig.

Tambah Puig, kenyataan yang dikeluar pasukannya terutama mengenai tayar adalah menerusi respons pelumbanya yang mendakwa tayar itu tidak mempunyai cengkaman yang baik.

“Anda perlu mendengar kenya­taan dari pelumba. Anda mempunyai pelumba yang pernah menjadi juara dunia dan dia tahu masalah yang dihadapi.

“Taramasso kelihatan tidak boleh menerima kritikan itu malah menjadi hipersensitif dan tidak mengakui kesilapan yang pihaknya,” jelas Puig. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI