fbpx

[VIDEO] Asap tebal cetus suasana panik di Pavilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap tebal yang mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung di pusat beli-belah Pavilion sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Asap tebal yang menyelubungi sebuah restoran di tingkat satu, pusat beli-belah Pavilion mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati asap tebal berpunca dari sebuah restoran di tingkat satu pusat beli-belah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran berjaya dipadam selepas ‘sprinkler head’ pecah disebabkan bahang yang terhasil daripada kebakaran tersebut.

“Kita juga difahamkan, kebakaran mula tercetus di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan pemilik restoran tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI