fbpx

15,215 kes Covid-19 dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 15,215 kes dengan 250 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,167,418 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 24,154 kes sembuh sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,920,643 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 134 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 7,446 kes (48.94 peratus), kategori dua sebanyak 7,635 kes (50.18 peratus), kategori tiga sebanyak 60 kes (0.39 peratus), kategori empat sebanyak 26 kes (0.17 peratus) dan kategori lima 48 kes (0.32 peratus).

“Daripada 134 kes kategori tiga, empat dan lima, 48 kes (35.82 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 50 kes (37.13 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 36 kes (26.87 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 69 kes (51.49 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 71 kes (52.99 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.49 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sebanyak 282 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 176 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 64 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 34,906 kes manakala, 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,362 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI