fbpx

Jaguar buruk 1965 berharga RM230,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaguar E-Type disifatkan sebagai satu daripada kereta paling cantik dan bergaya pada era 1960-an. – SWNS

LONDON – Sebuah kereta klasik Jaguar E-Type yang terbiar selama separuh abad di sebuah bangsal di Britain, dijual pada harga tinggi mencecah £41,400 (RM229,372) dalam satu acara lelongan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kereta keluaran tahun 1965 yang digelar Big Cat itu terbiar sehingga diselaputi habuk dan sarang labah-labah serta berkarat.

Ia bagaimanapun dijangka boleh dijual pada harga sekitar £150,000 (RM830,981) selepas dibaik pulih bagi menjadikannya kelihatan sama seperti era kegemilangannya.

Disifatkan sebagai satu daripada kereta paling cantik dan bergaya pada era 1960-an, Jaguar E-Type diminati golongan kaya dan popular.

Kereta itu mampu mencatat  kelajuan 241 kilometer sejam (km/j) dan memecut dari 0 hingga 97 km/j dalam masa hanya enam saat.

Syarikat penjual kereta klasik, H&H berkata, kenderaan itu masih mempunyai cat berwarna biru di beberapa bahagian badannya. Ia juga tidak dipandu di atas jalan raya dalam tempoh 49 tahun lalu.

“Masih mengekalkan kesan cat asal dan apa yang dianggap sebagai bahagian dalaman asalnya yang dipasang di kilang, Jaguar ini telah menghabiskan seluruh jangka hayatnya di Anglia Timur.

“Namun, jika dibaik pulih kepada keadaan asalnya,  kereta ini boleh dijual pada harga mencecah £150,000 (RM830,981),” kata H&H.

Kereta klasik itu mula didaftarkan pada 3 Mac 1965. Ia merupakan satu daripada hanya 1,584 modelJaguar buruk 1965 berharga RM230,000 Jaguar E-Type Series One 4.2 Fixed Head Coupes jenis pemanduan kanan sebelum model Series 1.5 diperkenalkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI