fbpx
Hakimah berucap pada majlis perasmian simposium guru mualaf peringkat kebangsaan kali pertama tahun 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Garis panduan nama mualaf akan diedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengedarkan garis panduan standard bagi rujukan penamaan individu mualaf kepada semua negeri dalam masa terdekat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, ia selaras dengan hasil keputusan muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia beberapa tahun lalu.

“Insya-Allah, sejajar diputuskan panel muzakarah, Jakim selaku agensi penyelaras peringkat pusat akan mengedarkan garis panduan ini untuk setiap negeri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary merasmikan Simposium Guru Mualaf Tahun 2022 di sini hari ini.

Muzakarah semua mufti terbabit ketika membincangkan penamaan saudara baharu telah pun memutuskan bahawa nama mualaf itu hendaklah ada nama Islam mendahului nama asalnya.

Ia turut menetapkan istilah dalam bahasa Melayu untuk saudara baharu ditukarkan kepada ‘saudara kita’ untuk mengelak timbul perasaan terasing atau rendah diri kelompok berkenaan.

Jakim pada 1998 pernah menerbitkan buku khas ‘Garis Panduan Penamaan Saudara Baru’ yang merujuk kepada dua kategori mualaf berbeza iaitu Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Mereka dibenarkan mengekalkan nama asal bapa dengan bermaksud yang baik atau ditukar berpangkalkan Abdul disusuli mana-mana 99 nama Allah daripada senarai Asmaul-Husna. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR