fbpx

Edisi sulung L’Etape Malaysia berlangsung 4 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz mengayuh basikal sebagai gimik sempena Pelancaran Edisi Sulung L'Etape De France di Desaru Coast Conference Centre, Kota Tinggi hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

KOTA TINGGI – Edisi sulung L’Etape Malaysia oleh Tour De France bakal menyemarakkan arena berbasikal tanah air pada 4 Jun ini dengan menarik penyertaan pelumba amatur dari dalam dan luar negara.

L’Etape Malaysia dilihat menjadi aksi pemanas badan terbaik buat pelumba yang akan menyertai Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL 2022) pada bulan yang sama.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Johor yang menjadi lokasi pertama L’étape Malaysia itu dilihat mampu melonjakkan sektor pelancongan di negeri ini dengan perolehan kira-kira RM14 juta susulan penganjuran perlumbaan itu.

Beliau berkata, pencinta aktiviti berbasikal di Malaysia akhirnya berpeluang merasai sendiri pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour De France sambil menikmati suasana dan pemandangan indah di Pantai Desaru, di sini.

“Sebagai tuan rumah bagi L’Etape Malaysia, kami berharap ia dapat memartabatkan sektor pelancongan di Johor bagi mencapai reputasi premium yang sepatutnya iaitu untuk meletakkan serta mengukuhkannya di peringkat global.

“Acara seperti ini membantu memperkenalkan Johor kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Kami berharap peserta L’Etape Malaysia bukan sahaja datang ke sini untuk berbasikal tetapi juga merasai budaya ikonik Johor, tempat menarik dan makanan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran L’Etape Malaysia di Desaru Coast, di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata, penganjuran perlumbaan yang pertama kali diadakan di Malaysia menguji kemampuan kerajaan negeri menganjurkan lebih banyak acara bertaraf global seperti yang rencanakan dalam Johor Sport Masterplan sebelum ini.

“Saya berharap L’Etape Malaysia dapat menunjukkan kepada dunia luar bahawa Johor adalah destinasi bertaraf dunia, sama ada dari segi infrastruktur, acara dan modal insan.

“ni adalah sesuatu yang akan diusahakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan saya pada masa akan datang yang kami mampu menganjurkan lebih banyak acara bertaraf global,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga pertengahan bulan ini, mereka sudah menerima penyertaan lebih 3,000 peserta dengan 82 peratus daripadanya dari luar negeri manakala empat peratus dari luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI