fbpx

Pasar PJKITA diberi nafas baharu, lebih sistematik dan cukup selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASAR PJKITA di Sri Damansara, Petaling Jaya menyediakan persekitaran yang lebih moden dan bersistematik.

SAUDARA PENGARANG,

Dalam usaha untuk merancakkan semula ekonomi setempat, pengurusan bandar raya Petaling Jaya harus disusun supaya pemulihan ekonomi dan kesejahteraan kehidupan masyarakat lebih teratur.

Peralihan fasa pandemik kepada endemik memerlukan pengurusan bandar yang lebih berdaya tahan.

Selaras dengan matlamat itu, perancangan pembangunan mampan untuk satu tempoh yang panjang telah disediakan iaitu ‘Petaling Jaya Pintar, Mampan Dan Berdayatahan 2030 (PJSSR 2030)’.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhasrat menjadikan bandar raya dirancang sebagai A Next Generation City yang inklusif, terhubung, collaborative, berekologi, sihat, dinamik, berteknologi digital dan menjadi bandar raya yang berkebolehan menguruskan kemampanannya.

Pengurusan MBPJ akan menumpu kepada pembangunan semula kehidupan golongan miskin bandar, menggerak inisiatif keusahawanan, menyusun semula tenaga kerja bagi menuju digitalisasi dan pelbagai lagi.

Ke arah merancakkan ekonomi perbandaran di bawah thematic economical vibrant city, beberapa fokus utama akan diberi perhatian termasuklah menyediakan pusat ekonomi setempat yang lengkap dan sempurna seperti bangunan Pasar PJKITA @ Sri Damansara.

Bangunan Pasar PJKITA @ Sri Damansara merupakan pasar awam yang ke-9 di Petaling Jaya, namun ia merupakan projek pasar dan medan selera awam pertama yang menggunakan pendekatan yang lebih moden, inklusif dan kondusif.

MBPJ telah menggunakan konsep PJKITA bagi memberi nafas baru dalam pembangunan pasar awam melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan pasar mesra OKU, teratur, bersistematik dan selesa.

Sekretariat Media
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI